Ahad, 22 Mac 2009

Nota Rahsia 17

Dis 9,2008

Sama-sama memujuk hati.Ujarnya jodohkan ditentukan Allah. kalu pjg alhamdulillah, tp kalu x...Allah jua yg berkehendak. Dia telah berserah n redha agaknya.Tapi aku tetap memberi semangat pdnya utk menempuh.

Katanya, sama2 lah kita bersabar walupun dah hilang kekuatan menahan sabar tu.... Kita ni cuma mampu berusaha je kan?

Ya..kadang-kala kekuatan ini hilang untuk menahan sabar.hanya doa x putus utkNYA untuk memperoleh kekuatan itu.

Nota Rahsia 16

Dis,4,2008


Nota ini kutulis penilaian terhadapku.Aku ni mmg loyal pd husband. itu lah kelebihan diri ini katanya. bersyukurlah.

Nota rahsia ini adalah rumahtangganya ibarat telur d ujung tanduk. mlm td wifenya buat hal lg. ujarnya dia hanya beserah pd jodoh n takdir Allah.

Bersabarlah...

Nota Rahsia 15

Dis,2,2008

Aku cuba memujuk kekalutan dirinya.namun jawapannya membuat aku faham.ada rahsia hati diungkapkan.kelukaan hatinya kerana pada dia sudah ckup mengambil berat demi menjaga hati dia. sekarang, yg tinggal cuma cebisan2 kemanisan yg masih kami cuba kenangkan buat pengubat hati masing2 andai pjg jodoh kami.

Aku tidak mahu mengganngu.tapi notanya aku tidak pernah menjadi beban ttg hubungan ini bahkan pd dirinya ianya adalah kurniaan Ilahi iaitu diri aku ini. kini dirinya menjadi lengkap, sempurna dgn kurniaan Ilahi yakni perhubungan ini. dah complete dah... katanya segala yg buruk dtg nya dr nyayg baik adalah semata2 dr Allah.

Nota rahsia hati : i really appreciate this relationship..really2 ones.

Ingin menangis aku!

Nota Rahsia 14

Dis2,2008

Notanya kepada aku.. dlm perjalanan kita menghadap Ilahi, byk benar dugaan yg mendatang kan. Menyuruh aku bersabar byk2, sbb setiap kelukaan pasti ada penawarnya. pasti ada hikmah yg tersendiri di sebalik dugaan2 ini. bykkan bersabar ye sayang...
Salam AidilAdha drnya.

Nota Rahsia 13

Dis 2,2008

Pertanyaaan kuutarakan.Malah pd diri sendiri juga sering bertanya.Mengapa ter'contact' kembali. Rupanya dirinya begitu juga.tp aku dan tiada tidak mahu mengelamun jauh.Juga tidak mahu 'mengharap'. Hanya memori ini akan disimpan sebaik mungkin.
Katanya sbb jodoh pertemuan, rezeki, saat kematian n qada/qadar sudah tertulis. dan Dia yg maha mengetahui.

Nota Rahsia 12

Nov,20,2008

Sewaktu aku bertanya kenapa dia masih mengingati, katanya usahlah ditanya kenapa.Dia sendiri sebenarnya tenggelam punca kalau aku ingin jawapannya...katanya mmg dr dulu mengingati..sehingga skarang biarpun dia dah kawin.

katanya pada hakikatnya, tinggal penyesalan yg tak sudah2. satu-satunya kesilapan yg tidak dpt dimaafkan dirinya. tak pelah katanya... dah bukan jodoh.

Andai engkau tahu...begitu juga aku.

Nota Rahsia 11

Nov17,2008

Ada cerita misteri dihadapinya.Dtg dlm mimpi.Aku cuma mendengar. Sewaktu kutanyakan berkenaan 'pendamping" itu yg kusangkankan perempuan..katanya untuk pengetahuan aku, 'pendamping' dtg bukan lah pompuan. sbb dia dah bertekad, walau berduyun pompuan yg datang sekalipun...aku tetap terpahat dlm hatinya. sudah tidak boleh dikikis lagi.

kenapa dulu aku tidak tahu menahu sedikit pun rahsia hati ini?

Selasa, 3 Mac 2009

Nota Rahsia 10

Sama-sama bermasalah rupanya.Namun aku tidak mahu mengganggu.Tp katanya"tidak sikit pun kehadiran Adik ni mengganggu ketenangan abg. malahan ia buat abg jd lebih tenang. "

Aku pohon ke hadratMu..peliharalah kami berdua dalam menempuh dugaan dalam kehidupan ini..

Nota Rahsia 9

Berkongsi cerita sedih bersama. Memujuk aku supaya bersabar.Tahukah dia setiap kali aku dilanda masalah peristiwa dia berarak utk bersandinglah bermain di ruang mata. Katanya, "kalu nak diikutkan 'tawar', abg pun dah mengalaminya.sama mcm Adik. demi anak2, life has to go on..................................................sayangilah anak Adik sepuas2nya ye...seeing u..miss to meet u.."

Miss u too but keadaan membataskan.Andai Kutahu...

Nota Rahsia 8

Zaman persekolahan amat indah. Dia juga teringatkan saat itu.Katanya "kat skolah dulu cukup cemas kalu nak berselisih dgn aku. cukup segan. tak terucap apa2 pun kalu nak disampaikan sesuatu. dan masa terus berlalu. akhirnya abg memberanikan juga 'bersembang' dgn insan yg abg ingin cintai. siap dlm sebumbung lg. dinner berbuka puasa lg tu. tp bumbung kereta lah..."

Ingat lagi dia rupanya.Kenangan Terindah.

Nota Rahsia 7

Ini suratan takdirnya. Katanya "Rahsia besar yg kita simpan ni cukup menyedihkan dan mampu menitiskan air mata kan?" Apa lagi yang aku mampu katakan...
Cukup segan dirinya dgn aku pada hari persandingannya.Aku hadir..dr jauh kutatap wajahnya dan aku tahu lepas ni aku akan membawa diri jauh...tp pandangan yang terkhirnya pada aku sewaktu aku mengucapkan tahniah...aku sudah tahu maknanya tp apa kan daya..

Rupa-rupanya katanya segan kat aku pd ari abg bsanding aritu. especially waktu aku berdiri kat tgh2 waktu dia nak naik ke pintu rumah tu.tak terangkat matanya pada aku..kebetulankah?Sehingga ke saat ini peristiwa yang samalah bermain di ruang mata..suratankah???

Isnin, 5 Januari 2009

Nota Rahsia 6

Kenangan lalu.Zaman remaja.Tersenyum sendiri.Biarpunpun sebak di dada.Kini terbongkar rahsia.Dua jiwa sama-sama terluka parah!

Sebalik tangisan aku semasa perkahwinannya, rupanya peristiwa sebelum perkahwinan tersebut buat aku hiba.namun sudah terlambat.semua persediaan perkahwinan dah tersedia.apakan daya...sememangnya hatinya pada aku tapi dirinya milik orang lain.andai kau dan ku tahu....

Nota Rahsia 5

Kisah suka duka.Sudi mendengar.Masih seperti dulu.Begitu juga aku.Katanya bagi dia setiap kepahitan yg dilalui, walaupun menggores, menghiris, semua itu dia terima sbg dugaan. Dia terima dgn redha kerana....selepas itu akan terbit lah sinar/hikmah kekuatan.
Katanya belajar lah dr kesilapan, kerana jalan yg kita pilih ari ni mungkin mendatangkan penyesalan pada esok ari...
Sesal katanya kerana terburu-buru berumahtangga.Tidak ikut tertib dalam agama.Bertunang terlalu singkat katanya.
Paling penting, jgn kita hiraukan sgt apa yg org lain kata/suruh buat. sebaliknya lebih baik kita lakukan sesuatu dgn cara teratur supaya kita tidak menyesal di ari esok.Terpaksakah dia?Menyesalkah?

Nota Rahsia 4

Sakit.Masuk Wad hujung julai.Simpati.Susah bernafas.Pakar kata stress dan 20% blockage.Teringat sesuatu ada sms dulu aku pernah terima.Memohon maaf pada aku kerana hidup ini tak menentu katanya.Diakah si pengirim?Entah.Aku biarkan persoalan itu dulu.Nanti-nantilah...
Ada sinar muncul kembali waktu terima emel aku katanya.Aku sayu.Haruskah?

Nota Rahsia 3

Balasan emel kuterima.Ada sebak menerjah hati.Masih ada ingatan itu rupanya.Perkhabaran ditanya.3 cahaya mata rupanya.Dua putera.1 puteri.Aku bersyukur.Bahagia miliknya. Catitan emelnya
"Sempena Hari Aidilfitri yg mulia ni.... Maaf Zahir dan Batin dr Abg...Moga panjang umur murah rezeki dan dikurniakan kesihatan afiat hendaknya."
Bertahun membawa diri...Masih ingat rupanya dia.Begitu juga aku.

Ahad, 4 Januari 2009

Nota Rahsia 2

Berbulan-bulan tunggu dpt reply.Satu alamat emel diberi.Bertanya diri.Haruskah?
Pertengahan Oktober emel pertama ku kirim.Ucapan biasa-biasa...Tidak mengharapkan dibalas.Cubaan bertanya khabar.Agak ringkas.Haruskah?

Jumaat, 2 Januari 2009

Nota Rahsia 1

Friendster!Inilah permulaan pertemuan ini.Kawan-kawan semuanya ada.Aku pun menyibuk jugak.Tak mahu ketinggalan.Suatu hari satu mesej membuat aku teruja.Dalam ribuan org di sini, ada adik yang kenal aku.Mengaitkan aku dgn satu nama yang dah lama aku simpan jauh di sudut hati aku.Adik tu tanya aku.Akak kawan Abg J kan? Aku kaget!Ehhh..sapa lak yang kenal aku nih.Rupa-rupanya org tu sepupu dia.Aku balas.Ya sayalah tu.Saja tanya emel untuk contact.Berbulan-bulan tunggu....